Info Ringkas Mengenai Komponen-Komponen Komputer

Komponen-komponen komputer merupakan kompenen fizikal yang terdapat di dalam perumah komputer. Fungsi setiap kompenen berbeza dan kesemua komponen ini akan bergabung dan membentuk sistem komputer. Berikut merupakan list komponen komputer yang perlu anda tahu.

Motherboard (MOBO)

Motherboard ialah sebuah komponen komputer yang dikenali sebagai “tulang belakang” komputer kerana komponen ini akan menggabungkan seluruh komponen komputer yang lain yang berada di dalam perumah komputer. Antara komponen komputer yang boleh anda pasang pada komponen motherboard ialah CPU, RAM, hard disk dan banyak lagi.

central processing unit (CPU)

Central Processing Unit merupakan sebuah komponen yang dikenali sebagai “otak” komputer dan berperanan untuk mentafsir dan melaksanakan arahan daripada komponen komputer yang lain atau perisian.

Random access memory (RAM)

Random Access Memory ialah sebuah komponen komputer yang berperanan untuk menyimpan data untuk sementara dan berfungsi sebagai memori “kerja” komputer. RAM tambahan diperlukan oleh sesebuah komputer untuk melaksanakan lebih banyak kerja dalam satu masa. Selain itu, RAM tambahan akan mengubah prestasi komputer untuk bekerja lebih laju dan cekap.

Power supply (PSU)

Power supply ialah komponen komputer yang berperanan memberikan kuasa kepada komponen komputer yang lain. Power supply diberikan nilai oleh watt untuk menunjukkan berapa kuasa yang komponen ini dapat berikan kepada komponen komputer yang lain. Pemilihan power supply yang sesuai bergantung kepada penggunaan watt yang digunakan oleh komponen komputer yang lain.

Video Card (gpu)

Video card ialah komponen komputer yang berperanan untuk menghantar maklumat grafik ke peranti paparan video seperti monitor. Komponen komputer ini memberikan sokongan grafik kepada komputer dimana komponen ini akan menghasilkan kualiti grafik yang jauh lebih bagus daripada yang grafik asal komputer.

Hard disk drive (HDD)

Hard disk drive ialah komponen komponen komputer yang menyimpan data penting komputer. Segala “operating system”, perisian dan fail-fail lain akan disimpan di dalam komponen ini. Kapasiti penyimpanan komponen ini diberikan nilai “gb” atau “tb” untuk menunjukkan berapa banyak data yang boleh disimpan.